Ibu segala-galanya

Assalammualaikum wbt..

Kali ini saya ingin kongsi pasal kasih sayang ibu.
Sebenarnya yang masih ada ibu tu beruntung kerana dari dunia hingga akhirat didoakan ibu setiap hari tanpa jemu.

Saya sangat bersyukur dan bertuah dikurniakan seorang ibu yang penyabar, penyayang dan sangat mencintai anak-anaknya.

Tanpa ibu siapalah kita. Ibu saya sangat menyayangi dan memberi tumpuan bukan sj kpd sy tp utk semua adik bradik yg lain.. sejak sy kerap kali sakit pada ogos 2018 sehingga kini ibu masih di sisi memberi kekuatan dan kasih syg.

Keluar dan masuk hospital ibu ada...
Rawatan sana sini ibu ada...
Temu janji pakar sekian hari, ibu ada..

Ya Allah
Engkau Maha Melihat
Engkau Maha Besar
Engkau Maha Mendengar
Engkau Maha Mengetahui
Engkau Maha Merasai
Engkau Maha Penyayang..
Engkau memerintah sekalian alam Ya Allah..
Aku hambaMu yang hina dina lagi kecil penuh dosa memohon kesihatan, kesejahteraan, ketenangan, kekuatan, keceriaan, hidayah, keberkatan dan rahmatMu untuk ibuku Ya Allah.

Ya Allah,
Engkau tempatkan ibubapa ku didalam syurgaMu.

Ya Allah,
Engkau kasihani mereka, Engkau lapangkan hati mereka, Engkau beri mereka rasa iman, Engkau sinari hari mereka dengan kasih dan sayangMu..

Ya Allah beri kesihatan utk ibubapa ku,
Beri mereka ruma dan pakaian yang indah didalam syurga Mu.

Tanpa ibu bapa yang mengusung aku ke sana sini..aku tidak berdaya Ya Allah.
Menjaga tika aku tidak sedar dan lemah..

Kerisauan ibu bangkit disepertiga malam
Melihat keadaan ku aku redha Ya Allah..
Aku tahu inilah aturan hidupku yang Engkau Pilih utkku..aku redha.

Aku menerima dgn hati yg lapang dan terbuka. Alhamdulillah.

Engkau mengetahui bisik hatiku...
Aku memohon rahmat Mu...
Jgn Engkau alihkan sedikitpun pandangan mu drpd ibubapa ku atas kebaikan dan jasa mereka kpd ku...peliharalah kedua2nya dari dunia hingga akhirat.
Kasihilah kedua2nya.
Beri mereka hidayah dan iman
Beri mereka rasa cukup dan redha dgn apa yg berlaku..

Lindungi ibubapa ku Ya Allah..amiin amiin amiin
Ya rabb.

Comments

Popular posts from this blog

OLIMPIK 2012 DI LONDON

Santai di rumah sebab PKP (Covid 19) (SIHIR 1/2)

Cemburu