Chapter 2 (My Journey)

Assalammualaikum.

Izinkan saya sambung bahagian 2 ya.

Selepas sebulan sakit. Ingatkan sembuh sepenuhnya dan boleh beraktiviti seperti biasa.

Malangnya sakit lain pula yang datang. Masa pertengahan Ogos tu ada 1 benjol di paha kanan sy.

Mula2 benjolan tu kecil sahaja. Saiz kira2 kurang 1 inci.

So sy kira bengkak biasa dan akan surut. Selepas beberapa hari benjolan makin ketara pula.

Selepas makan ubat dari Dr, dia tak surut pula tapi besar.

Selepas tu, saya datang lagi hospital. Untuk checking saiz. Makin besar lagi....😢

Minggu kedua memang sakit..makan pain killer baru boleh gerak sana sini. Kalau tak makan terlantar saja d katil.

Hampir 15 hari saya bergantung dengan pain killer.

Minggu ketiga. Saya masuk wad di HKB.
Mula2 Dr cakap abcess sahaja. Tapi selepas buat Xray dan Scan tengok apa dlm paha saya ni tukar nama penyakit 😂😂..

Sepanjang d HKB, Dr bg drip i/v melalui saluran darah setiap:
✔Jam 6 am
✔Jam 12pm
✔Jam 6pm
✔Jam 12am

Slps 6 kali drip bengkak tidak surut. Dr tidak bagi pain killer sebab stay d hospital saja kan..😬 so next day, Dr dari HKB refer kes sy ke HQE2. So sy dibawa nino2 jam 5pm.
Sampai d Emergency n Trauma HQE2 kira 6pm.
Masuk ET check sana sini.

Setiap kali jumpa Dr..kena buat story telling hampir pengsan jg sy explain. 😂😂

Dlm ET saja ada 3 org Dr yg dilalui. So bygkan sy kena cerita dari A to Z.

Sampai turn Dr pakar sy diminta buka baju sebab Dr mau check 1 badan.. 🙈 nasib baik Dr pakar tu pmpuan..

Setel urusan ET, sy pun dimasukkan ke dlm wad di Tingkat 6. Kira2 jam 10.30pm baru rasa nasi dari jam 5pm. 😣 Lapar. Asal jumpa Dr, sy bgtau terlalu lapar.... suda la duduk d kerusi roda... Lapar lagi.
Kalo lah sy ada telan pain killer, konfem sempat lari beli bun. 😂😂

Sy sayang my mum. Sejak dari awal setia menemani. Bermlm d HQE2 sambil ada mama..kami cerita sementara tunggu mata mengantuk. Yg sy nmpk dr mata mama, memang mama penat dan sedih lihat sy. Berat sy susut dari 48 - 40/41 muka pun panjang tak bermaya.. (tp sy pakai lipstik😗 sepanjang dlm wad)

Nanti la sambung lagi. Sy perlu makan ubat dan ubat tu buat saya mengantuk.

Bye assalammualaikum. 😚

Comments

Popular posts from this blog

OLIMPIK 2012 DI LONDON

Santai di rumah sebab PKP (Covid 19) (SIHIR 1/2)

PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA