Chapter 3 (My Journey)

Assalammualaikum wbt semua. ☺

Semlm tidur awal.
Bangun pula jam 9 pagi. 😅😅 biasalah penangan ubat...

So..sy sambung story ya...
Sepanjang sy dlm wad. Mcm2 ujian sy buat. Dr pakar ramai yg datang tgk kondisi bengkak di kaki.

Siang malam berlalu pantas..tup tup suda 2 minggu dalam wad. 😅

Cepatnya masa berlalu.. Saya dalam wad seorg kawan pun xtau. Saya minta keluarga rahsiakan dan sy xpost pun dalam fb dan ig. Cukuplah ujian ni saya dan keluarga yang tahu.

Allah swt Maha Mendengar dan Maha Melihat. Saya redha dengan ujian yg telah ditentukanNya.

Doktor pakar cakap Lymphdenopathy Disease yg sy rasa sekarang akan pulih kepada asal selepas buat post-op. Ok saya yakin. 😊

Pada 1 Disember 2018, jam 4pm semua keluarga dtg melawat. Kakak2 dan adik semuanya hadir  😂😂 So kami pun enjoy la petang tu..makan kuih dan mcm2 yang sudah dibeli oleh mereka. Saya just happy langsung tak rasa sakit pun.

So, tepat jam 6.15pm..mereka pun balik. Kakak nombor 2 yg bertugas jaga sy mlm tu.
Masa mama, bapa dan kakak nombor 1 pulang adik lelaki masih stay dgn saya. Tiba2 katil OT masuk..perasaan sy dupdapdupdap masa tu...

Eh katil siapa ni.....sy bermonolog sebentar.

Tiba2 doktor pakar dtg dan nurse pula minta sy  tukar baju skg.

Pakai jubah biru dan cap biru. Khas utk org yg akn masuk OT. Sy pun minta kakak sy pakaikan baju tu sebab tali nya dibelakang bukannya depan 😂😂😂 ..susa mau ikat.. 😂😂😂

Sy dgr adik call bapa.
Mereka pun u-turn ke hospital slps dpt news sy masuk OT.

1 Disember 2019, tepat waktu Maghrib 6.30pm saya diusung masuk OT. Semua family ada menunggu diluar.

Ya Allah, perasaan masa tu sesungguhnya hanya Allah yg tahu. Bius tak kuat Dr 😢😢😢... sy dpt rasa kulit dipotong2 dikorek2..

Pisau tu tajamnya kalah2 pisau daging...
Allahuakbar.. nangis dan jerit sakit hanya Allah yg tahu. 😢😢😢😢
Done jahit lapisan dalam pun terasa juga jahit lapisan luar kulit.

Kuar OT tepat jam 10.30pm.
Sy masa tu hanya penat menanggung kesakitan..disembelih hidup2 😂😂😂

Sy nmpk mama dan lain2 masa sy d usung keluar dr OT. Mlm tu jg sy terus dipindahkan ke   katil sy d wad biasa.

Oleh kerana sgt lemah. Saya tertidur sampai jam 12am.. Sy boleh dgr 2 org doktor memanggil2 nama sy. Doktor bagi ubat tahan sakit sebab terasa sakit pada paha kanan.

Then...saya pun sambung tidur... Malam tu kakak yang jaga. Mama pulang dgn lain2 sekitar jam 11pm.

Nanti sambung ya..

Comments

Popular posts from this blog

OLIMPIK 2012 DI LONDON

Santai di rumah sebab PKP (Covid 19) (SIHIR 1/2)

Cemburu