Chapter 4 (My Journey)

Assalammualaikum wbt..apa kabar semuanya.

Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan kan...semoga kita semua sempat ya..amiin amiin. Ya rabb..

2 Disember 2018 jam 5pm doktor benarkan saya pulang ke rumah dan berehat secukupnya.

Keputusan post-op aritu hanya diketahui 14-20 hari dari tarikh operation.

So, 11 stitches yg sy dapat dr post op tu kena jaga betul2. Banyak juga la nasihat2 pakar orang kampung..😂😂 Bidan terjun pun bnyk nasihat..saudara mara...mcm2 nasihat yg sy dpt..😛😜 

Sy akan dressing setiap hari di HKB..mama akan antar p HKB.

Sepanjang terlantar tu..ramai saudara mara dtg ziarah. Yg xpenah dtg pun ada dtg..setiap hari rumah kami dikunjungi tetamu. Siang mlm..semata2 mau tgk keadaan sy.

Allhamdulillah kerana Allah mempermudahkan segala urusan kami. Allah juga menghadirkan tetamu jauh dekat. Kalaulah sahabat2 saya sekalian tahu apa pentingnya tetamu ni..pasti kalian jg mau selalu diziarah.

Jgn su'uzon dgn tetamu..hargai tetamu..
Tetamu yg dtg membawa rezeki..apabila ia pulang ia membawa pergi semua kesakitan dan benda2 negatif yg ada dlm ruma kita.

So hargai tetamu. Jgn membawang suda.😋

Sentiasa berhusnuzon menjadikan hati kita bersih. Menjadikan kita senang didampingi.
Menjadikan kita mudah mendpt ilmu. Menjadikan kita kelihatan bercahaya dan terpancar kebaikan dr santun bicara kita. Mudah2an sahabat sy sekalian sentiasa bersangka baik waima kpd sesiapa juga.

Slps 10 ari dressing, tiba masanya stitches tu dibuka. Parut sy sgt cantik dan tidak bernanah pun.

Dr2 puji parut sy..huhuhuhu..STO done. Bessst 😂😂😂

Ada 2 ari lagi before review di HQE1.
So sy ikut pantang x langgar pantang k. Supaya cepat sihat.

Masa review parut sy dijahit semula. Sebab terbuka..kenapala jg time2 tu dia koyak..adoiiii... apa lagi restitches la. 😥

S0, ada 10 hari lagi utk next review.
Dan keputusan post op pun akan d beritahu masa tu..sabar sj la...

Sy sentiasa sabar dan redha....kwn2 masih xtau. Sebab xpenting utk war2 kan apa yg kita rasa. Cukup hanya Allah yg tahu..

Allah lah yang berhak mengatur kehidupan hambaNya. Kita di uji dan terpulang kepada kita menerima dgn berlapang dada atau menolak takdir.

Yg penting sekali ialah sihat dan sembuh seperti biasa. Inshallah amiin...

....................................................

Tiba la masanya utk keputusan post op d HQE1
Keputusan post op..ok.
Tidak apa2 yang perlu dirisaukan sangat..

So saya jalani kehidupan mcm biasa.

Kira2 2 minggu daripada tarikh keputusan tu.
Sy sudah keluar masuk hospital semula sebab badan lemah lawan jangkitan.

Inflammation pada wound semakin teruk..
Sy rujuk klinik.
Dr beri ubat anti inflammatory. Ok ubat ngam.

Wound sihat.

Seminggu kemudian..inflammation dtg lagi.

Sy rujuk pd doktor. Dan sy kena inject steroid.
Inflammation reda sedikit.

Selepas 3 hari.... inflammation semakin merebak.. kira2 tapak tangan lelaki dewasa...dan ada blister. Pedih, sakit, gatal, warna merah, bengkak dan ada iritasi pada kulit.

Sy klinik minta minta suntikan steroid. Tp doktor xbagi. 😢
Dr refer sy p HKB.

Dan sy bermlm lagi d HKB.
Dpt lagi iv dan ubat anti inflammatory.
Kali ni setiap 6 jam iv masuk melalui darah.
Sy redho. 😊 ...

Masa doktor cek keadaan jangkitan dan radang pd kaki. Dr minta sy buat scan semula. Sebab ada benjolan baru katanya.

So sy pun buat lagi scan. Dr pakar dr HQE dtg.
Masa scan sy nmpk ada 2 benjolan baru tumbuh. 😢 Sedih..sy suda mula down..

Slps dpt repot imej td..doktor yg ada d HKB call HQE1. Sy mula bimbang dan mungkin ada  something wrong. Tp sy tetap relax. Sebab sy perlukan energy jg utk lawan sakit.

Petang tu kira2 jam 3..doktor wad d HKB ckp sy akan d antar p HQE1 petang tu jg.

Ok..saya tergamam. Sy shocked sekejap.. fikiran melayang2....

Sy terus bgtau dr sy xmau d bedah lagi. Sy TRAUMA.

Sy trauma. Sy ulang2. Sy nangis bgtau Dr sy suda trauma sebab post op aritu.
Tp Dr ckp dont worry.

Banyak Dr pakar d HQE1. Kamu xkan jumpa Dr yg sama. Sy still ckp xmau & sy takut.
Sy tau Dr saja ckp begitu utk tenangkan patient.

Sy bgtau Dr...Inject la sy bnyk2 Dr...
Dr ckp inject bnyk2 iv pun u still xkan sembuh sebab ada 2 new..dan ada cellulitis.

Sy bgtau lagi Dr.
Tambah la dos ubat sy Dr!! Sy sanggup 4 jam sekali. Yg penting x d hantar p kk.

Finally dr ckp "call parents u dan ambulan sdg ready bawa kamu p HQE1".

Baikla Dr..
Mama dan semua dtg HKB. Bapa ckp ikut nasihat Dr. Mama ikut p HQE1. Adik lelaki tunggu d HQE1. Sama mcm aritu. Adik tunggu d kk. Sebab keja d kk.

So agak2 berapa hari lagi masuk wad..😢

4 March 2019 masuk wad d HQE1 pula.

Sampai sj trus masuk wad. Ada katil suda jo..😂😂😉  so tukar baju hospital warna hijau la apa lagi...

😂😂😂

Dr dtg tali arus...mcm biasa la...tanya itu ini...
Sampai mlm Dr tanya benda yg sama..tp tukar2 Dr la.. sy just ckp same thing...suda biasa kan..

So sy cadangkan uols yg akan d rawat tu
✔ Cakap jujur
✔ Ingat ubat apa yg kita makan
✔ Ingat bila start rasa sakit
✔ kerjasama dgn Dr supaya kita dpt rawatan yg tepat utk sakit yg kita alami.
✔ Ambi kira semua ubat dan makanan demi kesihatan.

Ok la..nanti sambung..sy perlu rehat..

Tujuan utama sy share d sini sebab sy semakin lupa dan selalu konfius..so better tulis awal sementara masih ingat. 😚

Comments

Popular posts from this blog

OLIMPIK 2012 DI LONDON

Santai di rumah sebab PKP (Covid 19) (SIHIR 1/2)

Cemburu