Pekan Kecil

Kelmarin aku berjalan-jalan menyusuri lorong yang berlopak. Kadang-kadang aku berasa pelik dengan orang disekililing aku. mereka memandang aku seperti aku ini orang luar. Mungkinkah kerana aku nampak lain sedikit dari mereka? Ku kira aku pun sama macam mereka..Aku mixblood mereka pun apa kurangnya..memang tidak dinafikan, rata-rata penduduk di daerah tempat asal ku ini hasil dari khawin campur. Ibu bapa mereka berasal dari pelbagai 'races'. Seperti aku juga, mereka pun sama. hanya kaum kami yang membezakan kami. Kadang-kadang aku perhatikan kaum-kaum di di sini suka senyum. Aku senang kerana orang di tempat ku suka senyum, mesra dan manis senyumannya, bangga sekiranya ada pelancong luar datang.

Aku berasal dari suku kaum "Bajau+Dusun". Mama ku pure "Bajau" manakala papa ku "Dusun". Kedua-duanya berasal dari daerah yang berbeza tapi di bawah satu negeri, iaitu Negeri di Bawah Bayu. Mama berasal dari daerah Kota Belud, manakala papa ku berasal dari daerah Tenghilan..(chewah macam London pla)..Dearah Tenghilan ni hanya sebuah daerah yang kecil, kebanyakan penduduknya beragama Kristian dan berbangsa "Dusun". Tapi mujurlah aku lahir didalam keluarga Islam. Jika kami melewati daerah Tenghilan ini, ku rasa seperti di dalam sebuah kampung orang asli. Tapi sekarang sudah ada kemajuan. Sekolah dan klinik sudah mula di buka. Aku bangga juga satu lagi kampung halaman ku sudah maju. Cuma aku rasa kasihan melihat pekannya yang tidak pernah berubah. Hanya beberapa deret sahaja. Sangat sedih melihat keadaan pekan yang tidak seberapa besar itu. Tapi pada aku, cukup lah menampung bilangan penduduknya yang tidak juga berapa ramai. 

Bercerita pasal suku kaun "Dusun" ini, aku tidak berapa fasih dengan bahasa Dusun ini. Frankly speaking, I understand what they said but unable to communicate with them. Dusun language bit difficult rather than Bajau language. But the pronunciation not so difficult because..aiihh napa pla ni cakap org putih..kihkihkih...Bajau language senang sekali just pekat kan sahaja cara sebutannya. Setiap daerah lain slang, seperti Tuaran, Kota Belud, Papar, Semporna dan lain-lain. 

Contoh bahasa Dusun dan bahasa Bajau:

Di mana rumah anda?
Dusun .... ombo walai nu?
Bajau..... minggo ruma nu?
(Direct translation..kedudukan ayatnya sama sahaja)

Weird? No, I don't think so. Amazing right...I like to learn more about Dusun language. Kalau bahasa Bajau, aku boleh dikategorikan "cemerlang" hehe....

Jika kawan-kawan pernah berjumpa dgn org Sabah, sangat sedikit jumlahnya yang pure pada satu bangsa. Kebanyakkannya khawin campur. Ada yang Kadazan+Dusun, Dusun+Cina, Bajau+Kadazan, Irranun+Bajau, Illanun+Kedayan, Bajau+Murut, Sungai+Dusun, Rungus+Bajau, dan macam2 lagi la....seronok kalau jumpa mereka yang khawin campur. Sebab baka yang baik rupa pun lawa..hehe.. 

Aku pla, ada chinese look sikit, sebab Dusun ni mirip Chinese sikit. Kulit putih dan mata sepet..kihkihkih..semua kami adik beradik mirip Dusun. Sebab keluarga sebelah ialah dari Dusun. Kadang-kadang cara bercakap pun ada tercampur slang Dusun, yang lucunya jika slang Bajau pla yang masuk..hehe... sebab tu kadang-kadang aku prefer cakap mat saleh..bukan nak tunjuk eksen tapi hakikatnya aku sendiri tak faham. Susah nak jelaskan pada orang kalau kita nak share something. 

Sekarang pun aku sudah mempelajari Japanese and Chinese. Jadi kalau nak cakap dengan orang memang orang takkan faham apa yang aku cakap. Bahasa Melayu ku hancur..huhu...kawan-kawan boleh menilainya dari penulisan ku ini. Tetapi aku terus mencuba demi blog ku ini..hihi...

Ok la, setakat ini saja, sampai jumpa lagi...aku cuti seminggu daa...Chinese New Year katakan..Wasalam. 

Comments

  1. salam..
    blh akak ajar saya bahasa sabah? ^____^
    mcm seronok je..hihihihihi

    ReplyDelete
  2. Hai cik hani...bahasa sabah ada banyak adik..huhu...bahasa yang mana satu...kita share knowledge yg ada best kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

....have a nice day..

Popular posts from this blog

OLIMPIK 2012 DI LONDON

Santai di rumah sebab PKP (Covid 19) (SIHIR 1/2)

Cemburu