Bahagian Pertama Solat Khusyuk
Tahukah kawan2 sekalian betapa pentingnya solat dalam hidup kita, amal kita, jiwa kita, ima kita semua bergantung kepada solat yang kita dirikan...Namun solat yang khusyuk itu buka mudah untuk meraihnya...kadangkala kita nak solat, terbayang-bayang pula bagaimana nak buat blog lagi menarik, terfikir pla apa yang nak dibuat selepas ni...MasyaAllah....macam2 yang ada dikotak minda kita kan...huhu...begitu juga la saya...sering kali dilanda emosi yang tidak keruan....sabar la kawan2...ada cara bagaimana kita memperoleh solat yang khusyuk...ya ok, kita tengok yang pertama...NIAT..kadangkala,. kita berniat solat, tapi timbul pula niat yang lain..ape kehe ni yob..hehe...
Mari kita ambil contoh dari hadis Rasulullah:
Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang“.
serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan“...Ya Allah, bagaimana kita nak pikir bahawa ini ialah solat terakhir??? sedangpula sudah bermacam-macam niat yang hendak singgah......
Oleh itu kawan2,yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang, jum kita tengok apa 15 cara khusyuk dalam solat:
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
Bagaimana kawan2??? suda anda bersedia mengamalkannya...sayu hati kita, tenang jiwa kita kawan2 jika memperoleh solat yang khusyuk....fikiran yang hanya berserah dan mengingat matai yang dekat pun terasa...
InsyaAllah, kita akan ketemu lagi yang akan datang ya...jum rehat..huhu..penat menulis dan berpikir..syukran kita masi berjumpa...assalammualaikum ya...
Comments
Post a Comment
....have a nice day..