Monday, August 22, 2011

Petua Membersihkan Hati

Hai jumpa lagi..


Tadi semasa saya berFB dengan kawan-kawan di alam maya ku, macam biasa la, too many topics mau crita..itu ini sana sini sinu..adeii...Tapi saya tertarik dengan satu topik yang sy ingin kongsi dengan kawan2 semua...


Jum kita tengok post saya kemarin


:: Ginjal tanya jantung.. "syg di mana?" Jantung jawab tak tahu...Jantung pun tanya Paru2.. "Syg di mana?" ..Paru2 cakap tak tahu... Paru2 tanya hati.."Syg di mana?" Hati pun jawab... sayang ada kat sini... Ginjal, Jantung dan Paru-paru hairan...Knp syg ada di hati??? Hati jawab..Hati dipilih oleh Allah untuk memiliki syg....kerana syg, Hati rela menangis, Hati rela dilukai...Dan kerana syg, Hati rela berkorban..::  


Sebelum komen yg betul2 punya "kaw" kami sempat la balas2 komen yang xpatut di cerita kan..(mcm budak2 pla kan? huhu) The problem is, I like to entertain all my friend in my Fb that is why any post from me will reach 200++ komen while people click "like" also will reach 20-30. Xda apa2 "ilmu" geng cumanya kawan2 FB ku geng "aunty2" huhu...sy suka chat dan komentar dgn mereka..mereka sungguh sporting dan  saya suka.....walaupun ada yang busy body tapi saya sayang mereka....Mungkin inilah yang dikatakan "jodoh".... Keserasian tidak semestinya semua yang kita minat baru boleh jadi kawan, tapi banyak hal yang kita boleh lihat pandang kan..(broken Malay)...huhu...(sori my friend Bahasa Melayu I memang tunggang terbalik...myb saya suka belajar bahasa asing then it affect me much)..

Dipendekkan cerita ada kawan mak cik saya ni komen tentang hati, so sampai la kami ke topik menjaga hati..Ya.. saya baru terpikir, ramai di antara kita tidak tahu bagaimana hendak menjaga hati kan? Saya bersyukur punya kekasih hati yang selalu mengingatkan saya tentang menjaga hati dan solat..(tetapi tidak perlu ada kekasih hati, kita sendiri perlu sedar akan tanggungjawab kita bukan??..pikir la ya) 


Ini dia kawan2 bagaimana cara kita menjaga hati supaya wajah kita sentiasa tenang dan hati kita berasa damai...di samping sentiasa ingat kepada Allah SWT kita juga mestilah sentiasa dalam keadaan bersih... BERSIH???? ya...bersih maksudnya kita dlm berwuduk ya.....Ya, myb anda akan berkata bagaimana memelihara wuduk jika bergaul dengan kwn2 yang bukan muslim?? terutama nya di opis..Hmmm..pikir sejenak lagi.....(wuduk akan batal sekiranya bersentuhan kulit dengan  non-muslim even la sama jantina dgn kita)...so ini memang susah kan...tetapi mudah saja ya kawan2...kita jangan la selalu menghampiri mereka dan menghabiskan masa kita bercerita dan berseloka dengan mereka...buat la kerja...(huehuehueh.ada bnyk cara actly)....tapi ini juga antara salah satunya...pakai pikiran logik ya...


Mari kita tengok bagaimana cara membersihkan hati:


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"


2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.


5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)


7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -


8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)


10) Kekalkan wuduk


11) Bersedekah..banyakkan la sedekah dan berbuat amal jariah..insyaAllah, hati kita akan bersih dan sentiasa ingat Allah SWT ialah pemilik tunggal kepada semua harta kita, itu bukan milik kita...ingat tu..


12) Belanja orang makan. (mulianya hati org yg suka membelanja kwn2nya, tetapi jgn la eksen pla ya...mesti IKHLAS...syikran...murah rezeki anda..amin~


13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (Hmm..ini ialah mknan yang kita juga rasa halal or xhalal....perlu ambil kisah ya.jangan mkn maknan yang kita xtau puncanya...biarla org kata kita xpernah makan, asal kita tau ianya tidak haram di sisi Allah SWT, hati kita kana rosak kawan2 jika mkn makanan haram....)


14) Berkawan dengan ulama (banyak faedahnya jika kita suka bergaul dgn para ulama yang inggi ilmunya...kita juga akan menjadi pandai kerana kita suka bertanya tentang sesuatu..melainkan kita xmau bertanya la..itu xtau mau btpa myb da pandai..kekekek)


15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)


16) Pesan pada orang, jadi baik (ya..ini kita mesti saling inga mengingati ya)


17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.


Hah sekarang kita suda tahu kan, bagaimana menjaga hati kita..huhu...di copy and paste dr ceramah Dr. Fadzillah Kamsah...sama2 la kita menjaga hati ya...sekian kawan2..jumpa lg...


Assalammualaikum....dan selamat berpuasa..

No comments:

Post a Comment

....have a nice day..