Kenapa Perlu Rahsia?
Assalammualaikum Semua,
Tajuk kali ini ialah, Kenapa
Perlu Rahsia? Rahsia tu kita sudah tau maksudnya, iaitu menyimpan
sesuatu atau menyembunyikan sesuatu tanpa pengetahuan orang lain. Ok jelas
bukan?!. So, kenapa perlu ada rahsia? Di sini saya ada beberapa sebab kenapa
seseorang perlu ada rahsia.
1)
Niat.
Ya, ini ialah yang paling utama. Ada orang tidak ingin berkongsi kerana sudah
niatnya dari awal atau sejak azali. Sekiranya dia ingin memberitahu maka akan
tiba masanya. Cuma niatnya sekarang ialah tidak ingin sesiapa tahu. Maka janganlah
suka memaksa sahabat mu.
2) Malu. Ya, ini ialah cabaran terbesar buat
dirinya. Sekiranya dia telah memberitahu seseorang tentang rahsianya, maka
individu itu telah mencabar dirinya untuk berkongsi sesuatu yang tidak mungkin bias
tertanggung lagi. Perasaan itu seakan-akan menghalang ia dari membeitahu,
kerana takut di tertawakan oleh orang sekeliling. Maka jaga lah rahsia sahabat
mu.
3) Jaga maruah. Ya, ini ialah demi menjaga
maruah orang di sekelilingnya. Bukan maruah dirinya. Kenapa??? Kerana “kenyataan”
itu mungkin menyakitkan orang disekeliling atau mengaibkan orang itu. So apa
yang perlu dibuat ialah, simpan rahsia itu, maka itulah yang terbaik untuk
menjaga hubungan kita. Sesama kekasih, adik beradik, ibu bapa, kawan, atau
sesiapa sahaja. Biar diri kita dan Allah SWT sahaja yang tahu. Maka, cubalah
mejadi seseorang yang tahu menjaga hati dan perasan pasangan/teman.
4) Kepentingan diri sendiri. Ya, ini ialah
kategori ‘egoisme’. Kenapa??? Sebab, orang yang suka berahsia ini, tidak ingin
melihat kejayaan oarng di sekelilingnya. So apa yang dia buat ialah, dia simpan
rahsia kejayaan itu dan tidak berkongsi. Apakah kategori orang ini? Yup, itu
ialah pentingkan diri dan tamak. Sepatutnya kita berkongsi resepi kejayaan,
supaya kejayaan yang kita ada sekarang itu sentiasa diberkati dan dimurahkan
Allah SWT rezeki kita dari masa ke masa akan datang. Maka, janganlah tergolong
dalam kategori ini ya.
Ya ok, ini
sahaja la yang dapat saya kongsi bersama dengan para pembaca. Tiada sebab
kenapa saya post tajuk begini. Tetapi hanya kerana, berkongsi ilmu dengan anda
semua. jika anda rasa point saya keterlaluan anda boleh komen dan jika anda
rasa ada kurang sila lah beri tunjuk ajar.
Ini ialah
hasil dari kotak fikiran saya, bukan di tiru dari mana-mana entry. Ya ok.
Sekian.
Comments
Post a Comment
....have a nice day..