Skip to main content

MAHAR WANITA PART 1


Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka ". 
( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari ).

Sebenarnya mas kahwin bukan harga bagi wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan mas kahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang.


MAS KAHWIN DAN HANTARAN

Terdapat perbezaan di antara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin merupakan pemberian wajib, tetapi hantaran lebih merupakan hadiah kepada pihak isteri.

Hantaran adalah tidak wajib dan terpulang kepada pasangan untuk menentukan kadarnya. Tiada kadar minimum hantaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini berlainan dengan mas kahwin.

Pada keseluruhannya dalam adat Melayu wang hantaran merupakan bantuan bagi pihak isteri untuk belanja kahwin. Ia bertujuan mengurangkan beban isteri dan keluarga isteri dalam membuat persiapan majlis perkahwinan. Kalau tidak berkemampuan, kenduri kecial-kecilan, dan jika tidak mampu jua maka nikah pun di bolehkan yang penting sah, bersaksi dan halal hubungan bagi kedua pasangan.

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.

akan bersambung ya..

Comments

Popular posts from this blog

Teman Sejati

Assalammualaikum wbt..Mungkin ada yang suda pernah dengar lagu dakwah ni dan tidak pernah dengar pun mungkin ada...liriknya sangat tepat dan dalam maksudnya. Kalo dibaca sekali inshaallah boleh ingat terus irama...namun baca dua kali alhamdulillah kenal lagu ini utk sahabat rupanya...
Dan kalo suda baca 3 kali faham maksudnya..subhanallah..anda hebat. Jum hayati lagu ini bersama-sama...penuh nostalgic lagu ini utk sy..Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suciBersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini Telah kutemui...Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni....Kasih IllahiKepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kitaKepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaanTelah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kitaAlhamdulillah jum sama2 kita faham ertin…

Peperiksaan Pegawai Eksekutif 41 LHDNM

Assalammualaikum semua...☺Hari ini saya ingin berkongsi dengan calon-calon yg akan menduduki peperiksaan 20/9/017 (Rabu) malam jawatan seperti tajuk di atas..Ada banyak tips di jual dipasaran online kan? Oleh itu jgn tertipu la ya. Baru-baru ini pihak LHDNM ada mengeluarkan keratan akhbar bahawa itu bukanlah dari mereka. Pihak LHDNM hanya menggunakan platform SPA yang canggih dan berteknologi untuk melantik calon yang benar-benar kompeten untuk jawatan yg ditawarkan. Oleh itu, jum baca keratan akhbar di bawah.. dan jangan lupa klik link la ya.Di bawah ada juga gambar yang sy scrnshot..he he..Selamat berjaya kpd yg akan nenduduki peperiksaan dan semoga sukses!Link 1: http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=6&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=1&bt_sequ=369&cpage=0
Anthony Bourdain’s Favourite Ice Cream Stall & 8 Other Unexpected Finds In Mumbai https://goo.gl/GPaqb7

SI CHOMEL LILY DAPAT WALLE SUPRISE

Nah dapat lagi dia hadiah.
Tidak tahu birthday yang ke berapa..Jum tengok..