MAHAR WANITA PART 2
Pemberian Mahar
Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar
apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula diwajibkan mahar
bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya
akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak wajib memberi mahar kepada
isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.
Kadar Mahar
Islam tidak
menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan
mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa
dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam
menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar
terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.
Mas kahwin itu
tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak
atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan
berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak
menggalakkan mas kahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi
pihak lelaki.
Jenis Mahar
a) Mahar Musamma. Mas kahwin yang telah
ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak
memandang kepada nilai mas kahwin saudara-saudara perempuan yang lain.
Mahar yang
disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang
diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini. Ulama’ telah
bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah
satu daripada perkara-perkara berikut :-
1) Berlakunya
persetubuhan di antara suami isteri.
2) Kematian salah
seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.
b) Mahar Misil ( mahar yang sepadan )
Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin
saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu. Ia juga
hendaklah dinilai sama dengan mas kahwin
keluarganya yang paling dekat sekali seperti
kakak, ibu saudaranya. Seterusnya menilaikan keadaan perempuan itu
sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.
Mahar yang tidak
disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah, sekiranya berlaku keadaan
ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan ) dengan mahar perempuan
yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik
perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. Sekiranya tiada, maka
diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya
dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, terpulang kepada
suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.
BERSAMBUNG LAGI YA..
Comments
Post a Comment
....have a nice day..