SUKU KAUM BUGIS PART 2
Bangsa Bugis pada asalnya ialah seorang pedagang yang kini di kenali juga sebagai pedagang. Mereka mahir berjual beli. Urusan mereka dengan Negara Indonesia suatu ketika dahulu sangat dekat, sehingga ada dikalangan mereka yang tinggal di Tawau berkahwin dengan orang dari seberang. Teringat pula saya dengan satu cerita kawan yang boleh dikatakan rapat. “Kenapa ya ramai orang yang berasal dari daerah kota Belud meminati lagu seberang? Terutamanya lagu Indon” Sambil ketawa dan saya kira pada dia mungkin lucu atau kelakar, tetapi saya boleh memaafkan dia kerana bagi saya dia tidak tahu akan sejarah dia. Terus saya jawab “Tidak tahu lah, pada pandangan saya, di mana-mana pelusuk dunia memang meminati lagu Indonesia”. Jawapan yang saya kira ringkas dan memang sesuai untuk soalan tersebut. Seperti yang saya ceritakan, asal usul Bangsa Bugis dating ke Sabah bermula dari Tawau. Iaitu di daerah Ranggu. Jadi sahabat saya tadi sudah melupakan asal usul dirinya yang mana dia juga berbangsa Bugis. Jadi tepuk dada Tanya selera sebelum berani menyuarakan pendapat atau memalukan bangsa lain. Ini hanya pengalaman saya bertemu dengan seorang yang berbangsa Bugis.
Tetapi cerita di Kota Belud pula lain. Apabila saya bertemu dengan para pedagang yang berbangsa Bugis, mereka peramah dan mungkin pada kiraan saya “customers always right”. Beginilah prinsip orang berniaga, kita tidak boleh bertekak dengan customers kerana merekalah yang memberi rezeki kepada kita. Dari customers la kita boleh membuat publisiti murah. Kenapa? Kerana seorang pelanggan yang membeli contohnya tembikai, secara tidak langsung dia akan memberitahu kawan, keluarga, atau orang yang ada di sekelilingnya tentang barangan kita. Itulah prinsip perniagaan.
Berbalik kepada orang yang berbangsa Bugis tadi, mari kita lihat tahun kedatangan Bugis di Sabah sehingga mendapat pengiktirafan BUMIPUTERA.
Bersambung.
Comments
Post a Comment
....have a nice day..