Suku Kaum Bugis


Mari kita sama-sama belajar dan meneliti sejarah kedatangan Bugis ke Sabah. Ada yang mengatakan Bugis berasal dari Tawau. Memang Bugis banyak di Tawau, tetapi mereka bukan berasal dari Tawau. Penerokaan mereka yang pertama ialah Tawau, sebab itu Bugis banyak di Tawau. Oleh itu kita jangan keliru.  Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi. Kita boleh rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka untuk keterangan lanjut ya. Sebab, tidak semua apa yang saya kongsi adalah benar. Hidup kita sentiasa penuh dengan tanda tanya. So jangan terus-terus mempersalahkan saya sekiranya apa yang di kongsi kurang tepatnya.

Di tawau, Bugis bertapak di kawasan yang di kenali Ranggu. Yang mana jarak dengan Indonesia tidaklah jauh sangat. Suku kaum Bugis berulang alik, dari Ranggu ke Indonesia untuk berdagang. Tidak hairanlah, kenapa ada yang berpendapat orang Bugis ini kaya raya. Semangat bangsa Bugis ini harus di teladani oleh semua kaum. Untuk terus maju. Bugis pada masa dahulu bekerja sebagai pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British. Kemudian, ada seorang bangsa Bugis yang bernama Petta Senong berasal dari kerabat diraja Bone pada masa itu menetap di Sungai Imam, Bombalai, usaha mereka pada ketika itu adalah sebagi orang upahan kepada Kerajaan Sulu, tujuan utama untuk menghapuskan lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.


Post akan datang, kita kaji tentang keturunan, pasola, peris yang hilang, waris keturunan Raja Bone,..etc..menarik pula membaca sejarah Bugis ni.  

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat