Tuesday, November 5, 2013

KENAPA SAYA MASIH SINGLE?

Assalammualaikum wbt,

Saya rasa ramai pembaca yang masih risau dengan pasangan hidup yang belum di temui sampai sekarang. Oleh itu, jangan putus asa. Bukan maksudnya perigi mencari timba, tetapi berusaha kearah itu. Janganlah seperti puteri menunggu di rumah. Kalau sudah cantik paras rupa dan menjadi idaman jejaka, tidak mustahillah boleh bergoyang kaki, kerana HOT. Tetapi, bagi mereka yang mengalami masalah sampai sekarang tidak bertemu jodoh, jangan bimbang, “La Tahzan”, jangan bersedih. Setiap kita di jadikan berpasangan, oleh itu, bagi mereka yang belum bertemu pasangan di dunia mungkin di alam lain dirinya sangat berbahagia. La Tahzan.

Bagi mereka yang sangat memilih ini bukanlah alasan untuk mengelak belum bertemu si dia Mr. Perfect. Tetapi baik ubah lah pendirian itu sedikit demi sedikit untuk menerima kekurangan Mr Perfect itu. Daripada mengeluh dari hari ke hari baik senyum setiap hari. Sekiranya kita terlalu memilih, kita akan rugi bukan sahaja sekarang tetapi masa depan. Tengok kawan-kawan yang sudah berumahtangga. Sudah ada anak, dan kamu? Masih solo. Bak kata Jackln Victor, “ Jika mahu menjadi pacarku mestilah ikut rentak ku dulu, ku tak mahu di kawal selia, lebih solo..o..o..”. Best jugakan lagu itu. (smile) Oleh itu, bagi mereka yang terlalu memilih, kurangkanlah peringkat-peringkat uji kaji anda ya.

Bagi kes kedua pula, belum bersedia. Oleh itu, persoalannya bila nak sedia? Kita bukan mengejar kearah itu, tetapi biarlah berteman dan ada tempat mengadu. Sampai bila ingin tinggal bersama ibu bapa dan membebankan mereka tentang jodoh anda? Fikirkanlah. Kalau ingin juga tinggal itu terpulanglah sebab, ada juga yang berkeluarga sampai beranak pinak masih stay dengan ibubapa. Itu mungkin kasihkan ibubapa. So, jangan tuding jari kenapa harga rumah tinggi atau mahal (he he). 


Bagi kes ketiga pula, tiada pasangan. Orang jenis ini tidak memilih, namun dia masih single, dan belum kenal siapa pasangan hidupnya. Sesiapa pun harus sentiasa positif dan muhasabah diri, La tahzan, dan jika jodoh ku tiada di dunia nyata ini, InsyaAllah di suatu tempat yang sudah pasti. Kerana hanya Dia yang tahu waktu dan suasana ketika itu. 

Kalau mau ikut level pendidikan, tiada maknnya juga, kalau pemikiran masih tidak matang. Walaupun bertemu yang sesuai darjat, contoh; Pasangan PhD. Jika kedua-duanya sama taraf tetapi masih belum bertemu pekerjaan, lagi baik kawin orang kampung, yang tahu dan pandai mengurus semuanya. Orang kampung zaman sekarang sangat cerdik, pernah dengar perniagaan luar bandar? SME?, TEKUN? siapa yang mereka bantu? Sudah tentu orang-orang kampung. Mereka ini lagi bijak mencari peluang berbanding yang berpendidikan tinggi tetapi menunggu Offer Letter di rumah berbulan-bulan lamanya dan ada yang sampai 2 3 tahun. Jika padi di usahakan dalam tempoh itu, sudah menunjukkan hasil dan berada di pasaran musim depan. Inilah akibat memilih, mau ada PhD, then makan McD pun tidak mampu. Hanya contoh, jangan di jadikan pula bahan fitnah kepada pembaca yang gemar berpolitik

Oleh itu, kunci kepada segalanya adalah bersabar dan berusaha. 

No comments:

Post a Comment

....have a nice day..