Tanah Palestin
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Tajuk kali ini adalah mengenai Tanah Palestin yang di jajahi oleh orang-orang Yahudi. Sekian lama menyepi mari kita menambah ilmu mengenai sejarah Tanah Palestin ini.
Tanah Palestin adalah tanah yang berkah kerana di sinilah terletaknya kiblat pertama umat Islam. Di Tanah Palestin ini ada tiga agama yang mendakwa bahawa Tanah Palestin ini adalah hak mereka: Oleh itu siapakah 3 kuasa itu:
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya.
Sejak zaman nabi Ibrahim lagi yang merupakan moyang kepada keturunan Bani Israel dan Bani Ismail telah mendiami Palestine. Meskipun mereka mendakwa Palestin sebagai tanah warisan Yahudi tetapi Allah sendiri menafikannya:-
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Next post..siapa Bani Israil????
Comments
Post a Comment
....have a nice day..