Menjana Pendapatan

Peluang Menjana Pendapatan

Saya terpanggil untuk membuat artikel tentang tajuk peluang menjana pendapatan. Saya bukanlah seorang bisnes yang berajay, saya hanya baru berjinak-jinak dalam perniagaan online yang menggunakan raw material dan muncul di depan pelanggan saya. Saya bukan seperti jutawan yang lain, hanya delivery dan sms sahaja. Oleh itu, saya sangat suka berkongsi cara-cara menjana pendapatan melalui kemahiran atau bakat semula jadi yang ada dalam diri kita sendiri.

Tentu anda akan berfikir, saya mana pandai buat itu, buat ini. Betul tidak? Oleh itu, buang semua tanggapan awal negative itu. Mula fikir apa yang anda boleh lakukan. Saya sering mencabar diri sendiri, saya tidak pernah memiliki masa rehat dan masa tidur yang cukup, kerana saya tahu kita sebenarnya boleh melakukan pelabagai benda yang orang lain boleh buat. Saya tidak pandai memasak, tetapi saya boleh  buat pelbagai benda selain daripada memasak. Saya bangga!


So, cara untuk menggali bakat semula jadi yang tidak timbul-timbul itu kita renung diri kita sendiri, cuba fikir ke hadapan sedikit. Rugi dalam perniagaan sudah menjadi adat dunia perniagaan. Untung pula memang kita nantikan. Jadi tiada usahawan yang pada jangka hayat perniagaannya untung sepanjang masa. Fikir lagi kenapa mereka tidak tersungkur selepas mengalami kegawatan dalam perniagaan itu? Sebab mereka tidak boleh berhenti berusaha, mereka kuat, kereka ada objektif, mereka ada ilmu. Bayangkan jika mereka tidak memiliki skill tadi? Bolehkah wujud jenama-jenama terkenal ini? USAHA tidak boleh tersekat-sekat. Kesimpulannya, belajar mengenali diri sendiri dahulu, apa yang anda boleh lakukan dengan bantuan orang sekeliling seperti adik beradik atau ibu bapa. Kemudian, mula ambil sekeping kertas dan tulis satu persatu. Sepelas itu, mula buat analisis yang mana antara kemahiran itu boleh dikembangkan dan mendatangkan hasil. Apabila sudah jumpa jawapannya, mula buat calculation tentang budget untuk bahan mentah. Mula-mula hasilkan dalam kuantiti yang sedikit, kemudian mula tambahkan kuantiti perlahan-lahan. Di samping itu, pastikan jenama anda WUJUD. Jangan tenggelam timbul. Jika anda sudah faham prosedur perniagaan, maka daya yakin anda boleh kenal yang mana musuh dan yang mana kawan. Ilmu jika tidak dikongsi akan sia-sia, bakat jika tidak di guna akan berkarat. Sekian.   

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat