ERTI HIDUP SEBENAR

Assalammualaikum wbt,

Pergi kerja seawal jam 6.00 pagi dan balik kerja jam 4.30pm. Jalan awal untuk mengelak jem manakala balik awal pun untuk mengelak jem. Ramai juga yang dating kerja awal dan memilih jam balik awal semata-mata mengelak jem.

Balik rumah buat kerja rumah dan rehatkan diri, apabila sudah mengantuk terus tidur dan mesti set alarm supaya tidak telat esoknya. Beginilah rutin harian kita yang saya Nampak disekeliling saya. So saya pasti kamu pun mengalaminya.

Sepanjang naik tangga menuju ke rumah, saya terfikir, Yup inilah rutin harian saya. Kenapa saya pergi kerja dan turun naik tangga hari-hari? So saya jawab “saya perlu kerja untuk bayar rumah, kereta, makan minum perlu dibayar, bukannya duduk di rumah bercucuk tanam di apartment yang sememangnya tiada tanah untuk di baja”.

So saya Tanya lagi “kenapa saya boleh menyusahkan diri bayar semua ini? kenapa orang dahulu tidak mengalami seperti apa yang saya rasa?” Malah sihat lagi dan hidup lama lagi dengan corak pemakanan dan gaya hidup mereka yang tenang, oleh itu, saya jawablah lagi “saya yang membuat keputusan untuk memilki kehidupan begini, so saya memang perlu tanggungjawab la, ohhoo…saya stress”.

Cuba kalau saya tidak beli kereta, sewa rumah, beli makanan yang tidak menyihatkan saya, dan beli itu ini? Saya still hidupkah lagi di muka bumi ini? Yaaa of course la masih hidup, saya jawab!

“So sekarang saya sudah mensia-siakan diri sayalah?” Saya Tanya kepada diri sendiri. Then I answered balik “Of course lah!” Ohhoo saya tambah stress. Saya kira kalau saya stay di kampong dan tidak ada handphone saya boleh hidup juga. Saya tidak sakit kepala memikirkan apa yang perlu di bayar at end of the month, update status di wechat, fb, instag, tweeter~, line..dan TOPUP hp… Pedulilah orang cakap ketinggalan zaman. 

Saya sendiri memang memilih untuk ditinggalkan oleh zaman ini. So kesimpulannya; apa yang telah kita buat sekarang adalah semata-mata untuk memenuhi nafsu dan permintaan hidup yang serba berlebihan sekarang. Saya yakin ada juga diantara kita yang menunjuk-nunjuk dengan barang yang dimiliki namun jangan lupa, semua itu bukan percuma! Perlu di bayar penggunaannnya. Padahal tujuan hidup kita sebenar bukanlah seperti apa yang telah saya katakana, ini bukan yang kita cari. Kita cari keredhaan Allah SWT. Tapi kita sibuk oleh benda lain iaitu kejar nama dan kenaikan gaji. Manusia apalah kita ini? Mesti kamu yang membaca berfikir dan berkata dalam hati “ini blog perkongsian ilmu ka meluah perasaan?”.. Then saya jawab “cuba fikir, kita sekarang di mana dan apa yang kita sudah lakukan?”


Sekian, sorry kalau ada yang terasa,tulisan saya  ini adalah tiada kena mengena antara yang hidup dan yang telah tiada. Salam.

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat