Ujian Hidup. Banyak Pahit atau Manis?

Assalammualaikum wbt...

#Manusia kalau kuat tidak diuji.

#Manakala yang lemah saja akan diuji.

#Ohh macam tu pula hidup kita ini..saya baru tahu kitaran kuat dan lemah ini wujud...

Namun persoalannya...Adakah ujian hidup ini begitu? Adakah ujian ini memilih orang?

Tentulah TIDAK.

Manusia itu diuji hidupnya. Senang kaya susah melarat..semuanya ujian. Inilah perjalanan kita. Hanya satu sahaja destinasi yang mana kita tidak mengeluh iaitu akhirat sana. Di akhirat tidak ada keluh kesah..itulh tempat kita berehat.

Yang membezakan kita adalah iman kita. Bagaimana kita hadapi ujian ini sabar atau melatah..itulah yang membezakan siapa kita.

Ujian dalam hidup tentulah semuanya manis.

1) Kerananya kita matang dalam membuat keputusan. Sebelum melahirkan keputusan, kita akan berfikir consequences keputusan itu. Percayalah kebolehan kita berfikir sangat unlimited. Sehingga kita memikirkan "barangkali"... nah itulah proses kematangan.

Kita tidak mahu RUGI. Semua mahu UNTUNG.

Oleh itu manis tidak ujian ini? Tentulah manis.

2) Kerananya kita memikirkan orang sekeliling yang sangat penting kepada kita. Ujian kehilangan orang tersayang akan menguatkan lagi rasa kasih sayang kita kepada insan yang masih ada. Kita tidak akan terpengaruh oleh perbuatan yang sia-sia yang akan menyebabkan orang sekitar turut bersedih.

3)  Kerana ujian ini terlalu manis...Yang sebenarnya Allah swt ingat dan sayang kepada hambaNya. Kita diuji kerana Allah swt sedang melihat kita. Penyayangnya Allah swt sehingga tidak membiarkan kita hidup tanpa arah tujuan. Ujian inilah tanda Allah swt sayang dan kasih kepada kita yang hina ini. Janganlah melatah..kenapa aku diuji begini..kenapa tidak dia... kita diuji... redha dan sabarlah.. Allah swt tidak akan menguji hambaNya diluar batas atau  kemampuan hambaNya. Ada orang yang diuji sepanjang kariernya dia berjaya...kaya raya... jangan lupa ya dengan istidraj.. Allah swt Maha Esa lagi Maha Mengetahui.

Ujian ini kadang-kadang pahit..jarang ada manis macam gula-gula candy tu. Pahit sehingga kita hilang sesuatu yang sangat kita sayang atau dambakan. Hilang kekasih..hilang suami..hilang isteri..hilang anak-anak...dan macam-macam.. ingatlah Allah swt sudah meminjam milikNya kepada kita. Siapa kita untuk menahan?

Allahuakbar...marilah kita sama-sama muhasabah.. 

Kita bukan seperti pelarian Rohingya..anak isteri dirogol dibunuh depan mata dengan kejam. Langkah demi langkah diatur demi mengelak terpijak periuk api yang ditanam oleh jentera rakhine. Mereka menangis dan meraung mengharapkan seteguk air dan makanan. Diusir, ditindas dibumi sendiri. Kejadian yang digelar dunia sebagai pembersihan kaum.. Ini ujian yang mereka hadapi.

Kita bukan tinggal di Palestine..suami dan anak-anak dibunuh dengan kejam oleh rejim Zionis. Anak-anak yang ditatang manja penuh kasih sayang..hilang sekelip mata. Anak remaja habis di tembak dibom..bertemankan peluru periuk api bom sana sini..tidak tidur lena seperti kita!

Kita bukan tinggal di Syria..sehingga perlu lari sana sini mencari tempat perlindungan. Ada yang tidak makan dan minum.. keluarga terpisah entah di mana gerangan ibu ayah anak-anak..

Ingat dulu Bosnia mengalami nasib yang sama. Namun sekarang mereka boleh berlapang dada menerima takdir bahawa ibu bapa anak-anak sanak saudara sudah tidak ada. Semua menjadi yatim..ada yang kehilangan anggota..ada yang cacat anggota dan sebagainya.. kita di mana hilangnya? Apa yang kita sesali?

Kita bangga sebenarnya hidup bahagia tidak lari sana sini mencari tempat berteduh. Ujian kita sedikit berbanding ujian yang mereka hadapi.

Ujian kita kehilangan kekasih, wang, harta, pangkat atau jawatan dan sebagainya tidak sehebat kehilangan maruah keluarga dan segalan-galanya yqng dihadapi oleh mereka yang terpilih itu.

Yakinlah, setiap yang terjadi ada hikmahnya disebaliknya. Ada yang TERBAIK menanti disebalik semuanya. Jangan menyesal ya.

Salam Muharram.

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat