Chapter 1 (My Journey)

Assalammualaikum wbt

Mungkin berkongsi disini boleh membantu ramai orang tentang cara-cara berhadapan dengan penyakit yang saya hidapi sekarang.

Paling tidak pun, just caring. 😊

Mungkin ada sedikit emosi dan kekeliruan sepanjang penceritaan ini. Almaklum lah saya semakin lupa dan confusion pun menjadi-jadi.

Saya sakit sejak Ogos 2018.
Kita kena percaya ya hidup didunia ni bukannya kita sahaja.

Ada alam ghaib yang kita tidak nampak. Perkongsian saya ini sedikit sebanyak akan membuka banyak minda dan hati-hati dengan orang sekeliling. Waima pacik macik atau sepupu sepapat kita sendiri. Asal namanya hati, memang tidak akan puas dan cukup. Inshallah tawakal kepada Allah kita dipertemukan dengan orang-orang yang baik sahaja.

Balik kepada sakit.
Pada Ogos 2018 saya telah disihir oleh  "seseorang" yang saya kenali. Sangat di kenali.

Tubuh diperlaku seperti patung. Bahagian kepala diikat tegak dan direjam dibahagian dada untuk menyukarkan pernafasan.

Saya tidak boleh memusingkan kepala sendiri ke kanan dan kiri. Hanya tegak tgk depan.

Juga tidak dapat tengok ke bawah. Seandainya terpusing atau tertengok jg kebhgn bwh. Allahuakbar urat2 seakan mau tetputus. Sakit tidak terperi. Hanya air mata yang mampu berlinang.

Setiap kali bergurau dengan murid saya terpaksa tahan shj rasa sakit. Yang penting murid-murid gembira. Apabila ingin tidur pula bantal terpaksa disusun tinggi. Setiap mlm selana sebulan tidur duduk kerana tidak dapat baring walaupun menggunakan tilam super lembut.

Sihir yg dipasang dipercayai menggunakan kapan orang yang telah lama meninggal dunia. Bukan itu sahaja, malah disimpul mati untuk jodoh dan rezeki.

Kejam.

Manusia bertopengkan iblis.

Dengan izin Allah sebulan penderitaan bertukar afiah. Alhamdulillah.

Saya menggunakan kaedah rawatan cara Islam. Sy dirawat selama lapan hari dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Qarim.

Alhamdulillah saya kembali aktif seperti biasa.

Sambung Chapter 2. (Tunggu ya)

Comments

Popular posts from this blog

Ikhlas Tu Macamana?

Renungan ku renungan mu jua..siri 2

Ujian Itu Hanya Untuk Orang Yang Kuat