Chapter 6 (My Journey)

Assalammualaikum wbt,

Mesti kawan2 heran napa saya keluar masuk hospital. Sebab sy sakit la sy check in check out hospital.

Saya ni bukannya kebal sampai tahan sakit sangat. Tubuh saya sekarang tidak sekuat dulu2...sekarang antibodi sy sgt lemah.

Saya pantang banyak benda.
Even makanan, saya xbole makan sebarang. Kalo salah makan efek rash pada muka dan anggota lain. Sarapan pagi sy sejak post op adalah bubur nasi+lobak.

Mama masak seawal jam 6 pagi. Saya tak bole makan daging, bilis, udang, snack @ junk food dan fast food, seafood, telur, kekacang, sayur rebung, soya, sos tiram, megi, sayur sejuk semua xbole makan.

Kalo sy tiada lauk sy makan nasi lauk gula saja. Atau lauk kopi. Saya tidak sampai menyusahkan adik beradik lain.

3 March 2019 sy masuk HKB.
4 March 2019 jam 3 kalo tidak silap sy kena refer HQE1.

Sebab celulilitis dan inflammation sy semakin teruk.

5 March 2019, menurut pakar dermato yg check tu, doktor ckp sy ada subacute eczema + high allergic. Sebab tu inflammation xmau pulih.

Sejak masuk hospital ni dos iv suda tinggi. Setiap kali masuk ikut blood streem berdenyut2. Tidak tahan rasanya. Mau cabut saja.

Tangan kiri dan kanan suda bengkak sebab perlu tukar jarum inj. Hitam dan sangat sakit bekas jarum tu bah😢. Tp sy tgk muka mama trus kurang2 rasa sakit. Sy terpaksa tahan dan ckp tidak sakit. Mama slalu urut2 tangan supaya sy selesa masa iv.

Steroid yg dimakan lain. Steroid yang kena inject pun lain. Bole jadi gila juga😂😂😂😂

Mcm2 ada..

Uols mesti tau kesan steroid ni kalo terlalu bnyk dlm tubuh badan kita kan?

Sama la seperti saya. Selain membaca. Doktor juga kongsi kesan2 ubat kpd tubuh badan sy.

Kesan yg paling ketara sekarang ni ialah grow  unwanted hair, acne, moon face disebabkan oleh prednisolone. Prednisolone ni dos steroid dia tinggi tau. Khas utk inflammation and swelling.

Selain tu, ingatan saya juga terjejas. Saya lupa banyak benda. So kalo saya lupa nama kawan2 jgnla ckp saya sombong k. Sebab saya memang akan jd pelupa akhirnya. Disebabkan ubat dan sakit yg sy ada skg ni.

Kawan2 mesti tidak tau, sepanjang sy sakit ni, sy juga sering mendapat musibah dari segi sihir buatan orang bertopengkan syaitan.
Saya kenal siapa yang menganiaya diri dan tubuh badan saya.

Hanya sahaja mereka tidak sedar bahawa Allah sebaik2 Pelindung dan Memberi petunjuk kepada hamba2Nya.

Saya maafkan juga. Cukuplah apa yang dia  dilakukan, Allah segera membalasnya setimpal dengan perbuatannya. Tidak pada dirinya pada anak2 cucu cicit keturunan dan keluarganya. Amiin allahumma amiin..

Allah Maha Melihat Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya doa hambaNya yang teraniaya sangatlah makbul.

Selepas beberapa hari dalam HQE1. Kawan karib datang melawat..tenkiu bff saya bawa buah2an lagi. Kesian dia xtau saya keluar masuk hospital..

Datuk Nenek memang ada melawat sepanjang dlm hospital. Saya tidak meminta simpati sesiapa cukuplah doa sahaja.

Sebenarnya hanya ramadhan tahun ni doa saya spesel sikit. So so so special. 😊

Inshallah saya sambung ya.


Comments

Popular posts from this blog

OLIMPIK 2012 DI LONDON

Santai di rumah sebab PKP (Covid 19) (SIHIR 1/2)

Cemburu