Posts

Sakit dan Hospital

Image
Assalammualaikum wbt, Semoga semuanya baik2 saja. Ya Allah semoga aku diberi kekuatan untuk menempuh hari berikutnya. Mungkin seminggu lagi kata doktor.. setelah seminggu stay di hospital.  Menyakitkan sungguh adoiii sana sini masuk jarum.. 😢 Esok ada minor surgical. Inshallah semunya baik2 sahaja. #fighting #Allahkanada #inshallah

Cinta Remaja

Image
Assalammualaikum wbt. Harini sy akan share fefeeling bercinta! Topik BER CINTA . Pasangan MUDA . Memang benar usia pasangan bukannya masalah..malah Rasulullah pun melalui perkara yang sama. Isteri pertamanya Saidatina Khadijah r.a yg mana seorg jutawan malah jelitawan telah berjaya membuatkan isteri2 Rasulullah cemburu dengan cinta Rasulullah saw terhadapnya. Usia diantara mereka jauh. Rasulullah pada ketika itu seorang anak muda yg tampan dan gagah. Manakala Saidatina Khadijah seorg janda namun peribadinya tidak ada tolak bandingnya. Kepintaran berniaga dan kematangannya membuatkan dirinya disenangi ramai. Cinta Rasulullah kpd Saidatina Khadijah sangat luar biasa. Inilah yang kita patut contohi. Cinta tidak mengenal usia!!. Yg penting tahu tanggungjawab terhadap keluarga dan agama. Pasangan yg lalai dalam urusan agama akan mudah melupakan kamu.. solat (ingat Allah swt) saja dia lupa apa lagi isterinya.. hati2 la mencari pasangan. Org muda ni kalau bercinta semunya indah. ...

Erti Kasih Sayang

Image
Kasih sayang ni halus... Orang yang tidak punya hati tidak akan faham makna kasih dan sayang. Orang yang punya hati, ada naluri yang kuat untuk berkasih dan menyayangi akan faham betapa penting walau sedikit sahaja kasih dan sayang. Diri akan penat menyayangi insan yang tidak menghargai. Penat mengejar tapi tidak dipeduli. Wanita ingat ni...jika kita tidak ada orang yang sayang dan sanggup berkongsi kasih dengan diri. Jangan bersedih. Sebab! Penat! Lelah! Akhirnya tidak berbalas. Bohong kalau minta tidak dibalas pun tidak apa...kerna cinta yang tidak berbalas perit! So wanita, usaha untuk menguntungkan diri dengan memanja dan menyayangi diri sendiri sebelum minta disayang. Bukan dilema tidak ada yang minat atau suka. Anggaplah aturan Sang Pencipta lagi hebat daripada keputusan yang ada di duniawi. Lambat atau salah, itu qada dan qadar SUDAH tertulis. Kita perlu berusaha menjadi yang lebih baik agar mendapat jaminan " akan datang yang lebih baik" "andai"...

Hidup Ibarat Air

Image
Assalammualaikum wbt.. Alhamdulillah sy dan anda semua sihat dan masi bernafas ya... Kesihatan kali ini mengizinkan lagi saya untuk menulis untuk dikongsi bersama. Topik kali ini...sedikit teguran ya. Kadang2 kita ni sentiasa merasa betul di dlm semua perkara.  Namun itu hanya tanggapan kita. Kita mesti sentiasa beringat hidup kita hanya sekali. Hidup memang perlu dinikmati. Tapi caranya harus benar. Kita nikmati sahaja...dengan syukur. Usah bimbang tentang masa hadapan. Kenapa?? Kerana kita bukan TUHAN. Yg bole melihat dan menyusun bagaimana akhir hidup kelak. Kita ni teman2, mesti lalui hidup ini dengan tenang dan sabar. Setiap ujian ada hikmahnya. Allah ada utk setiap yg berlaku. Kita bertemu dan berpisah memang suda di atur. Siapa kita memburukkan org di sekitar kita? Wajib redha dgn setiap ketentuan dr Allah. Allah yg berkehendak bukan kita. Mungkin sahaja dia bukan untuk kita... Ingatlah yg terbaik selalu dtg lewat... Redha dan syukur lah...ikh...

Lelah

Image
Kadang-kadang ujian yang datang dalam hidup kita boleh menguji tahap iman. Ujian kesihatan yang aku tanggung ni pun sangat menguji imanku yg lemah. Ya Allah semoga sahaja engkau kuatkan ibubapa dan adik beradikku Ya Allah. Aku tidak meminta afiah utk diriku, sebab ku tahu mudarat atau sihat adalah ujianMu. Ujian Mu tanda Engkau menyayangi ku. Dengan ujianMu aku menjadi sentiasa menyebut namaMu.  Hamya dgn ujianMu aku sedar siapa aku. Ya Allah, aku redha dan berserah dgn setiap ujian yg dtg.  Engkau tahu aku kuat dsn mampu menanggungnya..kerna itu Engkau menguji ku seperi ini. Syukur Alhamdulillah.

Mati Itu Pasti

Image
Setiap yg bernyawa pasti akan mati.. Begitulah janji Allah swt kpd semua hambaNya. Tiada yang kekal. Lantaran itu, hiasi peribadi, jaga akhlak dan ikut lah perintah Allah swt. Kelak kita selamat dialam akhirat. . Sakit satu ujian, Kekayaan pun ujian. Ada yg sakit diuji dan ada jg kaya diuji kemiskinan sehingga muflis. . Jika Allah swt memberi kita rasa sakit..kita tenang dan sabar. Setiap ujian dari Allah adalah satu ujian peningkatan darjat utk kita. . Oleh itu, sy redha dan tenang 

Nilai Seorang Wanita

Image
Wanita jika kau tidak punya teman di dunia.. Tidak mengapa! Tapi ingat jangan lupa jaga solat dan akhlakmu. Wanita itu nilainya terletak pada agamanya, Bukan rupa paras dan kedudukan. Kau damba seorang Imam, Kau damba seorang yang sangat soleh, Bagaimana dengan janji Allah swt perempuan yang baik untuk lelaki yang baik? Nah pantaskan saja solat dahulu. Kelak yang dicari-cari akan memerhati dirimu dari jauh. Saat di khitba' janganlah lagi berpacar dengan yang lain. Tuhan yang Maha membolak balikkan hati tetapkanlah hati dan imanku..pinta pada Sang Pencipta, Inshallah dirimu akan terpelihara selagi mana kau menjaga agama mu. Berhenti mencari rupa paras Berhenti kejar dunia Sia-sia wanita hidupmu Andai itu yang kau kejar. Salam 13 Ramadhan 1439H 