Sedar

Assalammualaikum wbt.

Topik harini ialah SEDAR.
Kadang-kadang kita tak sedar apa yg kita suda buat..dan sentiasa rasa kita tau caranya padahal TIDAK.

Sebagai tenaga pengajar sy tidak rasa perbezaan ini begitu ketara diperingkat IPT. Namun ia sangat ketara di sekolah rendah.

Semasa mengajar di Ipt level pelajar adalah sama iaitu kematangannya. Bukan ilmu pengetahuan okay!

So sy mengajar budak-budak sekolah rendah ni saya culture shock. Saya tak sedar peringkat ini ialah mereka masih berjiwa keanak-anakan. Pendekkan cerita, level marah dan geram saya naik. Sy berdepan dengan murid yg lemah dalam subjek matematik dan membaca. Saya sering memarahinya kerana dia sangat slow. Sy pernah menegurnya sehingga dia menitiskan air mata. Seriously, saya turut sedih. Saya minta maaf dgnnya. Budak tu cakap dia tidak belajar dirumah tiada yg ajar. Ibu bapa sibuk kerja. Saya terharu ada, marah ada, geram jangan cakaplah. Kepada siapa? Hmmmm fikirlah...

Pagi sebelum 2 rakaat dhuha sy sempat dengar radio ikim. Dj pd masa tu ada menegur,
Jgn bandingkan murid yang lemah dan cerdik,
Jgn pilih kasih antara murid yg lemah dan cerdik,
Jangan cakap kasar...

Tak sempat dgr sampai abis sy suda istighfar..betapa sy suda silap. Saya suda sedar sy membandingkan murid lemah dan cerdik. Saya pilih kasih. Semoga amalan ini tidal tercatit di dalam buku amal sy kelak. Saya syukur ada yg menegur inilah jalanNya Allah swt menegur hambaNya.

Hikmah disebalik semua ini sgt bnyk. Sifat kasih syg bertambah. Sesama siapa? Sesama umat Rasulullah saw. Subhanallah. Syukurlah saya awal SEDAR. Dan syukurlah saya sempat memperbaiki kesilapan ini walaupun sy tau sy suda mengguris hati murid tadi.

Semoga ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita. Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

OLIMPIK 2012 DI LONDON

Santai di rumah sebab PKP (Covid 19) (SIHIR 1/2)

Cemburu