Posts

Usaha Tamu Besar Kota Belud 2017

Image
Assalammualaikum wbt. Sepanjang sabtu dan ahad saya berkampung di pekan Kota Belud untuk menyambut pesta tamu terbesar di Sabah. Saya datang tamu besar ada banyak urusan sebenarnya.. ewahh kalah menteri jo.. 😅😅 Iya memang betul. Saya datang tamu besar ni ada tujuannya tersendiri. Pertama saya buat survey kedua saya menjadi agen sah Marissa Cosmetic. Sebagai usahawan saya perlu untuk membuat tinjauan di open market seperti ini...kadang-kadang benda yang tidak ada pasaran boleh jadi laku keras semasa event seperti ini. Oleh itu saya ambil kesempatan untuk menjadi supplier atau memajak yang perlu sahaja. Kadang-kadang kita tidak tahu pun sesetengah barang tu permintaannya sangat tinggi. Dan kadang-kadang permintaan itu sebenarnya kita yang create pasarannya. Faham ka tidak? Usahawan perlu bijak. Kita yang mesti create pasaran untuk barang tu. Tapi ingat jangan menipu customer. Customer yang tertipu pasti akan boikot atau burukkan jualan anda. Hati-hati semasa ...

Minum Petang atau Makan Petang

Assalammualaikum wbt.. Minggu ni ana betul-betul sibuk. Sampai masa rehat tidak menentu. Suka-suka set masa. Tapi enjoy.. Tidak fix macam waktu pejabat. At least tidak makam gaji buta senang cakap HALAL.  Kita bekerja mencari keberkahan dan keredhaan Allah swt. Bukan kesenangan semata. Hujung bulan tunggu gaji dan bayar itu ini. Tup tup duit habis... tu la namanya tidak berkat dan kita selalu merasa TIDAK CUKUP. Nauzubillah mun zalik. Terpesong sudah topik dengan content. 😂😂. Ok tajuk topik ini ialah waktu lunch saya bergabung dengan minum petang..dan kadang-kadang..breakfast tidak sempat terus ke lunch..menjadilah BRUNCH yang mengantukkan mata. 😩😩 Ini cara unhealthy. Tidak boleh diteruskan. Sebab saya ada gastrik level yang tidak level apa. Sebab jadang-kadang muntah dan pengsan. Saya faham perasaan para usahawan yang bertingkus lumus mencari rezeki. Begitulah juga saya. Usahawan perlu minda yang lain daripada yang lain. Tidak bol...

Kasih Sayang

Assalammualaikum wbt.. Topik saya kali ini adalah KASIH SAYANG. Ini adalah pandangan peribadi saya.. kalo anda anda dan anda tidak setuju sila abaikan saja entri saya ini. So, apakah maksud KASIH SAYANG? pada pandangan saya maksud KS (kasih sayang) tidak sama dengan kata berkasih sayang.  KS ini satu perasaan yang lahir dari hati yang terdalam. Contoh: KS seorang ibu kepada anak. Itu adalah sejak azali. KS di antara hubungan suami isteri dizahirkan. Maksudnya saling kasih mengasihani. Jika tidak ada perasaan KS, institusi perkahwinan tidak akan terbentuk. Ditumbuhi dengan bibit cinta menjadikan ia satu perasaan yang saling memerlukan. Cinta tanpa jiwa ibarat tengkorak tidak berdaging. Tengkorak yang bergerak..kosong..tidak ada daging atau tubuh menyaluti tengkorak itu. Begitu juga dengan cinta. Jika tidak ada perasaan kasih sayang bagaimana kita hendak zahirkan perasaan itu? Just cakap CINTA tapi jiwa kosong. Jiwa itu salah memilih CINTA yang tidak wujud KS di dalamnya. Ole...

Ujian Hidup. Banyak Pahit atau Manis?

Assalammualaikum wbt... #Manusia kalau kuat tidak diuji. #Manakala yang lemah saja akan diuji. #Ohh macam tu pula hidup kita ini..saya baru tahu kitaran kuat dan lemah ini wujud... Namun persoalannya...Adakah ujian hidup ini begitu? Adakah ujian ini memilih orang? Tentulah TIDAK. Manusia itu diuji hidupnya. Senang kaya susah melarat..semua nya ujian. Inilah perjalanan kita. Hanya satu sahaja destinasi yang mana kita tidak mengeluh iaitu akhirat sana. Di akhirat tidak ada keluh kesah..itulh tempat kita berehat. Yang membezakan kita adalah iman kita. Bagaimana kita hadapi ujian ini sabar atau melatah..itulah yang membezakan siapa kita. Ujian dalam hidup tentulah semuanya manis. 1) Kerananya kita matang dalam membuat keputusan. Sebelum melahirkan keputusan, kita akan berfikir consequences keputusan itu. Percayalah kebolehan kita berfikir sangat unlimited. Sehingga kita memikirkan "barangkali" ... nah itulah proses kematangan. Kita tidak mahu RUGI. Semua mahu UNTUNG. O...

Makna Cinta

Assalammualaikum wbt. Allohumma solli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad. Apa itu cinta? Lain orang lain tafsirannya. Saya yakin setiap kita memberi makna yang berbeza untuk CINTA. Pada pandangan saya.. CINTA pada dasarnya melibatkan perasaan yang terdalam. Apa itu perasaan terdalam ? Perasaan yang ada naluri untuk sama-sama saling memiliki dan saling memerlukan. Jika tidak ada perasaan terdalam bagaimana boleh dua jiwa bertamu? Bukan bertemu ok. CINTA lahir saat jiwa kosong. Kenapa KOSONG ? Sebab tidak ada yang mengisinya. Jiwa yang kosong memerlukan pemimpin yang boleh memandunya. Jangan tanya SIAPA pemimpin itu. Sebab kita semua tahu..kita adalah bertanggungjawab ke atas setiap perbuatan kita. Baik bertemu dengan  pemimpin yang betul ataupun salah. Cuba duduk antara dua sujud dan istighfar 3 kali. Masa istighfar tu kenang silap kita.. dalam pada itu percayalah hati kita tenang seketika... Ingat jangan tuding jari blame sana sini. Kenang silap diri sendi...

Peperiksaan Pegawai Eksekutif 41 LHDNM

Image
Assalammualaikum semua...☺ Hari ini saya ingin berkongsi dengan calon-calon yg akan menduduki peperiksaan 20/9/017 (Rabu) malam jawatan seperti tajuk di atas.. Ada banyak tips di jual dipasaran online kan? Oleh itu jgn tertipu la ya. Baru-baru ini pihak LHDNM ada mengeluarkan keratan akhbar bahawa itu bukanlah dari mereka. Pihak LHDNM hanya menggunakan platform SPA yang canggih dan berteknologi untuk melantik calon yang benar-benar kompeten untuk jawatan yg ditawarkan. Oleh itu, jum baca keratan akhbar di bawah.. dan jangan lupa klik link la ya. Di bawah ada juga gambar yang sy scrnshot..he he.. Selamat berjaya kpd yg akan nenduduki peperiksaan dan semoga sukses! Link 1: http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=6&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=1&bt_sequ=369&cpage=0 Anthony Bourdain’s Favourite Ice Cream Stall & 8 Other Unexpected Finds In Mumbai https://goo.gl/GPaqb7

Intifada

Assalammualaikum wbt, Allohumma solli ala sayyidina muhammad wa ala sayyidina muhammad. Hari ini saya ingin kongsikan lirik intifada oleh kumpulan nasyid rabbani. Kumpulan nasyid yang sememangnya besar dan gah di negara kita ini. Jum hayati bait-bait lirik nya. Semoga sampai kefahamannya kepada kita semua. Aamiin... Intifada M unsyid : Rabbani Merdu lafaz syahdu Jiwa pun merindu Merakam rasa rindu Gemersiknya Lagu Angin kota cahaya Bertiup berarak Kencang meredah maya Hanya untuk Dia Bangkit segar seirama Meluruskan rentak safnya Riuh-rendah basah lidah Kalam wahyu mewangi di taman Oh... semerbak harum bingkisan annur Berterbangan tinggi ke Intifada Oh merentas misi risalah suci Mewangikan taman yang dicemari Gema siang malam Alunan suara Burung turut bernyanyi Zikir tidak henti Lunak diukir seni Halus menghiasi Persada alam ini Hidup tidak mati Masihkah punya bicara Menjalinkan yang terpisah Semarak terus berusaha Pastinya ia akan berjaya