Posts

Sedar

Assalammualaikum wbt. Topik harini ialah SEDAR. Kadang-kadang kita tak sedar apa yg kita suda buat..dan sentiasa rasa kita tau caranya padahal TIDAK. Sebagai tenaga pengajar sy tidak rasa perbezaan ini begitu ketara diperingkat IPT. Namun ia sangat ketara di sekolah rendah. Semasa mengajar di Ipt level pelajar adalah sama iaitu kematangannya. Bukan ilmu pengetahuan okay! So sy mengajar budak-budak sekolah rendah ni saya culture shock. Saya tak sedar peringkat ini ialah mereka masih berjiwa keanak-anakan. Pendekkan cerita, level marah dan geram saya naik. Sy berdepan dengan murid yg lemah dalam subjek matematik dan membaca. Saya sering memarahinya kerana dia sangat slow. Sy pernah menegurnya sehingga dia menitiskan air mata. Seriously, saya turut sedih. Saya minta maaf dgnnya. Budak tu cakap dia tidak belajar dirumah tiada yg ajar. Ibu bapa sibuk kerja. Saya terharu ada, marah ada, geram jangan cakaplah. Kepada siapa? Hmmmm fikirlah... Pagi sebelum 2 rakaat dhuha sy sempat dengar...

Berhati-hati dengan Microsleep

Microsleep boleh membawa bahaya! Ini kerana seseorang ada isu "hutang" masa tidur. Tidur yang tidak cukup atau tidak berkualiti akan menyebabkan fungsi otak kita lemah dan tidak produktif. Microsleep kadang-kadang berlaku dalam 10-15 saat. Manakala boleh mencapai 30 saat. Ini sangat bahaya sekiranya masa tu kita sedang memandu. Kebergantungan kepada kafein atau muzik yang kuat tetap tidak membantu. Kita hendaklah cukupkan waktu tidur tu.. Contoh: kanak-kanak 8-9 jam masa tidur; 7-8 jam masa tidur pula untuk dewasa. Sekiranya masa tidur tidak cukup kita akan terlelap di mana-mana sahaja. Kemudian, cara mengatasi untuk jangka pendek ialah minum air suam dan usahakan tidur 10 minit untuk mencukupkan jam tidur. Oleh itu, sesibuk manapun kita tidur jangan lupa. Rehat tu mesti cukup. Sedangkan mesin pun kita rehatkan semalaman daripada berterusan panas inikan pula fungsi tubuh manusia.

Ikhlas

Assalammualaikum wbt. Topik mlm Jumaat ni ialah IKHLAS. Tuan2 tau ka maksud ikhlas ni apa? Pernah ikhlas ka tuan2 puan2 yg sdg membaca ni? Ikhlas buat apa sahaja..? ikhlas tolong org ka..? ikhlas menderma ka...? ikhlas mengajar ka...? ikhlas menegurka..? Pernah ka tuan2 rasa diri tu suda cukup ikhlas atau belum? Susah tau..oleh itu, didiklah diri tu perlahan2.. ikhlas memberi, ikhlas menerima.. 😊 Kita ni kadang2 suda memberi sedikit suda mula  bangga dengan pemberian sedikit itu. Riak dan sombong...itulah konco syaitan.. Astahfirullah al aziim.. Saya skg sdg mendidik diri dengan ikhlas.. sdg mendidik hati ini agar tidak riak.. jum la kita sama2 renung. Suda cukup ikhlas ka aku ini? Ikhlas tu apa? Tanya diri balik... Apa rasanya jika benar2 ikhlas menghalalkan sesuatu? Bagaimana pula rasanya jika tidak ikhlas? Berbezakan tuan2 dan puan2... Ya Allah..aku pun sdg bljr ilmu ikhlas ini.. terlalu berat sehingga setiap hari menjadi mainan dibenak fikiran ku. Ya...

Sedih dengan Pengajian Akhbar

Assalammualaikum wbt. Saya hanya ingin berkongsi sedikit rasa sedih saya pagi ini kerana tidak dapat datang pengajian akhbar di masjid Kota Belud. Perasaan saya skg ini sgt down..sedih.. Jantung sy berdegup2 dengar suara para ulama di speaker masjid. Saya ada class sepanjang hari ini dan terlupa bahawa pengajian tu hari ini. Hibanya hati saya hanya Allah swt yang tahu. Pengajian di tempat sendiri.tapi tak pergi..inikan taman syurga....sedihnya saya rasa dikala ini tidak tertanggung..Pengajian 40 Hadis yang sy tunggu-tunggu selama ini. Ya Allah semoga engkau memberi lagi kesempatan kepada ku di masa hadapan Ya Allah untuk hadir sama dalam taman syurga Mu. Amiin.. Ya Allah semoga juga engkau membuka pintu2 hati insan yang lain untuk datang bersama2 mendengar dan mendapat ilmu walau di mana jua dia adakan taman syurga Mu. Aamiiin

Doakan semua berjalan lancar

Assalammualaikum wbt.. Saya sangat berharap agar pusat tuition inovatif saya berjalan lancar. Semoga dengan usaha saya ini pekerja saya dan orang yang memerlukan ilmu mendapat apa yang diinginkan. Semoga kita mendapat rezeki yang berkat dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Marilah bersama-sama kita menjadikan ilmu sebagai perkara asas yang WAJIB agar menjadi bekal dunia dan akhirat. Aamiin..allohumma amin..

Usaha Tamu Besar Kota Belud 2017

Image
Assalammualaikum wbt. Sepanjang sabtu dan ahad saya berkampung di pekan Kota Belud untuk menyambut pesta tamu terbesar di Sabah. Saya datang tamu besar ada banyak urusan sebenarnya.. ewahh kalah menteri jo.. 😅😅 Iya memang betul. Saya datang tamu besar ni ada tujuannya tersendiri. Pertama saya buat survey kedua saya menjadi agen sah Marissa Cosmetic. Sebagai usahawan saya perlu untuk membuat tinjauan di open market seperti ini...kadang-kadang benda yang tidak ada pasaran boleh jadi laku keras semasa event seperti ini. Oleh itu saya ambil kesempatan untuk menjadi supplier atau memajak yang perlu sahaja. Kadang-kadang kita tidak tahu pun sesetengah barang tu permintaannya sangat tinggi. Dan kadang-kadang permintaan itu sebenarnya kita yang create pasarannya. Faham ka tidak? Usahawan perlu bijak. Kita yang mesti create pasaran untuk barang tu. Tapi ingat jangan menipu customer. Customer yang tertipu pasti akan boikot atau burukkan jualan anda. Hati-hati semasa ...

Minum Petang atau Makan Petang

Assalammualaikum wbt.. Minggu ni ana betul-betul sibuk. Sampai masa rehat tidak menentu. Suka-suka set masa. Tapi enjoy.. Tidak fix macam waktu pejabat. At least tidak makam gaji buta senang cakap HALAL.  Kita bekerja mencari keberkahan dan keredhaan Allah swt. Bukan kesenangan semata. Hujung bulan tunggu gaji dan bayar itu ini. Tup tup duit habis... tu la namanya tidak berkat dan kita selalu merasa TIDAK CUKUP. Nauzubillah mun zalik. Terpesong sudah topik dengan content. 😂😂. Ok tajuk topik ini ialah waktu lunch saya bergabung dengan minum petang..dan kadang-kadang..breakfast tidak sempat terus ke lunch..menjadilah BRUNCH yang mengantukkan mata. 😩😩 Ini cara unhealthy. Tidak boleh diteruskan. Sebab saya ada gastrik level yang tidak level apa. Sebab jadang-kadang muntah dan pengsan. Saya faham perasaan para usahawan yang bertingkus lumus mencari rezeki. Begitulah juga saya. Usahawan perlu minda yang lain daripada yang lain. Tidak bol...