Posts

Sedih dengan Pengajian Akhbar

Assalammualaikum wbt. Saya hanya ingin berkongsi sedikit rasa sedih saya pagi ini kerana tidak dapat datang pengajian akhbar di masjid Kota Belud. Perasaan saya skg ini sgt down..sedih.. Jantung sy berdegup2 dengar suara para ulama di speaker masjid. Saya ada class sepanjang hari ini dan terlupa bahawa pengajian tu hari ini. Hibanya hati saya hanya Allah swt yang tahu. Pengajian di tempat sendiri.tapi tak pergi..inikan taman syurga....sedihnya saya rasa dikala ini tidak tertanggung..Pengajian 40 Hadis yang sy tunggu-tunggu selama ini. Ya Allah semoga engkau memberi lagi kesempatan kepada ku di masa hadapan Ya Allah untuk hadir sama dalam taman syurga Mu. Amiin.. Ya Allah semoga juga engkau membuka pintu2 hati insan yang lain untuk datang bersama2 mendengar dan mendapat ilmu walau di mana jua dia adakan taman syurga Mu. Aamiiin

Doakan semua berjalan lancar

Assalammualaikum wbt.. Saya sangat berharap agar pusat tuition inovatif saya berjalan lancar. Semoga dengan usaha saya ini pekerja saya dan orang yang memerlukan ilmu mendapat apa yang diinginkan. Semoga kita mendapat rezeki yang berkat dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Marilah bersama-sama kita menjadikan ilmu sebagai perkara asas yang WAJIB agar menjadi bekal dunia dan akhirat. Aamiin..allohumma amin..

Usaha Tamu Besar Kota Belud 2017

Image
Assalammualaikum wbt. Sepanjang sabtu dan ahad saya berkampung di pekan Kota Belud untuk menyambut pesta tamu terbesar di Sabah. Saya datang tamu besar ada banyak urusan sebenarnya.. ewahh kalah menteri jo.. 😅😅 Iya memang betul. Saya datang tamu besar ni ada tujuannya tersendiri. Pertama saya buat survey kedua saya menjadi agen sah Marissa Cosmetic. Sebagai usahawan saya perlu untuk membuat tinjauan di open market seperti ini...kadang-kadang benda yang tidak ada pasaran boleh jadi laku keras semasa event seperti ini. Oleh itu saya ambil kesempatan untuk menjadi supplier atau memajak yang perlu sahaja. Kadang-kadang kita tidak tahu pun sesetengah barang tu permintaannya sangat tinggi. Dan kadang-kadang permintaan itu sebenarnya kita yang create pasarannya. Faham ka tidak? Usahawan perlu bijak. Kita yang mesti create pasaran untuk barang tu. Tapi ingat jangan menipu customer. Customer yang tertipu pasti akan boikot atau burukkan jualan anda. Hati-hati semasa ...

Minum Petang atau Makan Petang

Assalammualaikum wbt.. Minggu ni ana betul-betul sibuk. Sampai masa rehat tidak menentu. Suka-suka set masa. Tapi enjoy.. Tidak fix macam waktu pejabat. At least tidak makam gaji buta senang cakap HALAL.  Kita bekerja mencari keberkahan dan keredhaan Allah swt. Bukan kesenangan semata. Hujung bulan tunggu gaji dan bayar itu ini. Tup tup duit habis... tu la namanya tidak berkat dan kita selalu merasa TIDAK CUKUP. Nauzubillah mun zalik. Terpesong sudah topik dengan content. 😂😂. Ok tajuk topik ini ialah waktu lunch saya bergabung dengan minum petang..dan kadang-kadang..breakfast tidak sempat terus ke lunch..menjadilah BRUNCH yang mengantukkan mata. 😩😩 Ini cara unhealthy. Tidak boleh diteruskan. Sebab saya ada gastrik level yang tidak level apa. Sebab jadang-kadang muntah dan pengsan. Saya faham perasaan para usahawan yang bertingkus lumus mencari rezeki. Begitulah juga saya. Usahawan perlu minda yang lain daripada yang lain. Tidak bol...

Kasih Sayang

Assalammualaikum wbt.. Topik saya kali ini adalah KASIH SAYANG. Ini adalah pandangan peribadi saya.. kalo anda anda dan anda tidak setuju sila abaikan saja entri saya ini. So, apakah maksud KASIH SAYANG? pada pandangan saya maksud KS (kasih sayang) tidak sama dengan kata berkasih sayang.  KS ini satu perasaan yang lahir dari hati yang terdalam. Contoh: KS seorang ibu kepada anak. Itu adalah sejak azali. KS di antara hubungan suami isteri dizahirkan. Maksudnya saling kasih mengasihani. Jika tidak ada perasaan KS, institusi perkahwinan tidak akan terbentuk. Ditumbuhi dengan bibit cinta menjadikan ia satu perasaan yang saling memerlukan. Cinta tanpa jiwa ibarat tengkorak tidak berdaging. Tengkorak yang bergerak..kosong..tidak ada daging atau tubuh menyaluti tengkorak itu. Begitu juga dengan cinta. Jika tidak ada perasaan kasih sayang bagaimana kita hendak zahirkan perasaan itu? Just cakap CINTA tapi jiwa kosong. Jiwa itu salah memilih CINTA yang tidak wujud KS di dalamnya. Ole...

Ujian Hidup. Banyak Pahit atau Manis?

Assalammualaikum wbt... #Manusia kalau kuat tidak diuji. #Manakala yang lemah saja akan diuji. #Ohh macam tu pula hidup kita ini..saya baru tahu kitaran kuat dan lemah ini wujud... Namun persoalannya...Adakah ujian hidup ini begitu? Adakah ujian ini memilih orang? Tentulah TIDAK. Manusia itu diuji hidupnya. Senang kaya susah melarat..semua nya ujian. Inilah perjalanan kita. Hanya satu sahaja destinasi yang mana kita tidak mengeluh iaitu akhirat sana. Di akhirat tidak ada keluh kesah..itulh tempat kita berehat. Yang membezakan kita adalah iman kita. Bagaimana kita hadapi ujian ini sabar atau melatah..itulah yang membezakan siapa kita. Ujian dalam hidup tentulah semuanya manis. 1) Kerananya kita matang dalam membuat keputusan. Sebelum melahirkan keputusan, kita akan berfikir consequences keputusan itu. Percayalah kebolehan kita berfikir sangat unlimited. Sehingga kita memikirkan "barangkali" ... nah itulah proses kematangan. Kita tidak mahu RUGI. Semua mahu UNTUNG. O...

Makna Cinta

Assalammualaikum wbt. Allohumma solli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad. Apa itu cinta? Lain orang lain tafsirannya. Saya yakin setiap kita memberi makna yang berbeza untuk CINTA. Pada pandangan saya.. CINTA pada dasarnya melibatkan perasaan yang terdalam. Apa itu perasaan terdalam ? Perasaan yang ada naluri untuk sama-sama saling memiliki dan saling memerlukan. Jika tidak ada perasaan terdalam bagaimana boleh dua jiwa bertamu? Bukan bertemu ok. CINTA lahir saat jiwa kosong. Kenapa KOSONG ? Sebab tidak ada yang mengisinya. Jiwa yang kosong memerlukan pemimpin yang boleh memandunya. Jangan tanya SIAPA pemimpin itu. Sebab kita semua tahu..kita adalah bertanggungjawab ke atas setiap perbuatan kita. Baik bertemu dengan  pemimpin yang betul ataupun salah. Cuba duduk antara dua sujud dan istighfar 3 kali. Masa istighfar tu kenang silap kita.. dalam pada itu percayalah hati kita tenang seketika... Ingat jangan tuding jari blame sana sini. Kenang silap diri sendi...